Tasha Shila Tak Berapa Suka Mengacara | Pelakon yang kini bergelar pengacara, Tasha Shilla akui jiwanya lebih ke arah bidang lakonan berbanding pengacaraan. Jelas Tasha, dia menerima tawaran untuk menjadi hos Galaksi menggantikan Ikhwan HOT FM kerana penerbit, Nas Ahmad percaya dia mampu mengendalikan program tersebut di samping pelawak Ajak Shiro.
“Secara jujur, jiwa saya masih dalam bidang lakonan. Sebelum ini pun saya ada menerima tawaran untuk mengacarakan beberapa program lain, tapi saya belum yakin,” jelas Tasha berkongsi Ajak banyak membantu dia memperbaiki kebolehan pengacaraannya.
“Nasib baik saya dapat pasangan pengacara yang sempoi. Ajak banyak membantu saya memandangkan dia sendiri pun dah biasa dengan rancangan secara langsung,” kata Tasha.
Tambah pelakon drama ‘Gemilang’ ini, dia akan lebih bersifat selektif dalam memilih program yang sesuai untuk dia kendalikan.
“Walaupun jiwa saya dalam bidang pengacaraan tak sebanyak lakonan, tak bermakna saya akan menolak setiap tawaran pengacaraan yang datang selepas ini. Bagaimanapun, saya akan lebih memilih program yang sesuai dengan kebolehan saya. Biasanya saya ikut gerak hati. Jika saya rasa saya boleh buat untuk sesuatu program, saya akan lakukan, tak kira apa jua genre mahupun konsep rancangan itu,” ujarnya.
Dalam perkembagan lain, Tasha bakal muncul dalam drama terbaru untuk slot Akasia TV3, berjudul ‘Maafkan Aku Tak Sempurna’. Menurut Tasha, drama ini merupakan kemunculan semula buatnya setelah sekian lama tidak membawa watak antagonis.
“Saya mula dalam bidang lakonan dengan watak jahat. Setelah sekian lama tak berlakon watak jahat, ‘Maafkan Aku Tak Sempurna’ ibarat kemunculan semula saya membawa watak antagonis,” katanya yang mengimpikan watak psiko.
Kata Tasha lagi, dia berharap dapat terlibat dalam filem yang bergenre psycho-thriller demi memberi cabaran dalam kerjaya lakonannya.
“Sebagai pelakon, saya teringin membawa watak yang bukan diri saya yang sebenarnya. Saya mahu bawa watak psiko atau perempuan gila sebab dalam kehidupan sebenar, saya tidak alami perkara sebegitu,” kata Tasha mengakhiri bicara.
Baca : Ramona Zamzam Ketepi Madah Caci
Sumber : gua.com.my
0 Response to "Betul Ke Tasha Shila Tak Suka Mengacara?"
Post a Comment