Nampaknya tiada kesudahan pertikaian di antara pihak David Teo & Aeril Zafrel mengenai beberapa perkara yang masih berbangkit sehingga ke hari ini. Ada saja jawapan dari kedua-dua belah pihak dikongsikan dengan pihak media hiburan yang sebenarnya tidak membantu menyelesaikan masalah.
Baru-baru ini, sebuah audio rakaman perbualan antara wakil MIG & pengurus Aeril Zafrel tersebar di media sosial yang menunjukkan kereta Suzuki Swift 'milik' Wawa Zainal yang didakwa hilang sekitar tahun 2013 yang lalu sebenarnya di dalam simpanan pihak MIG.
Bagaimanapun, David Teo & MIG mendakwa kereta Suzuki Swift itu adalah hak milik MIG.
Menerusi portal GUA, Aeril hari ini mendedahkan pihak MIG masih banyak berhutang wang ringgit dengan dirinya dan Wawa Zainal dengan nilai ribuan ringgit.
“Saya suka mengingatkan David Teo bahawa pihaknya masih lagi berhutang dan tidak membayar baki duit lakonan saya dan isteri (Wawa Zainal) termasuk duit duta produk yang nilainya puluhan ribu ringgit,” kata Aeril Zafrel dengan senyuman penuh makna.
“Jadi tak perlulah dia bersikap seperti seorang yang budiman sebegitu tetapi cukup bersikap jujur melunaskan hutang itu. Namun di sini bukan wang Ringgit pokok persoalannya. Harap jelas”
“Persoalannya cukup mudah, saya hanya meminta supaya dipulangkan dokumen dan barangan peribadi saya, manakala pihak MIG, haruslah mengaku telah mengambil kereta itu tanpa sebarang notis, “ tambah Aeril Zafrel dalam nada sinis.
Aeril juga mencabar David Teo memfailkan saman terhadap dirinya jika apa yang dikatakan itu sebagai satu fitnah buat penerbit filem murahan itu. - RotiKaya
Baca : Zaquan Adha Timbulkan Kontroversi lagi?
Baca : Zaquan Adha Timbulkan Kontroversi lagi?
0 Response to "Aeril Zafrel Dedah MIG Masih Berhutang Dengannya Berpuluh Ribu Ringgit "
Post a Comment