Video Anggota Polis Gari, Pukul Orang Gila Di Alor Setar

Video seorang anggota polis membelasah lelaki kurang siuman yang digari tangannya kini beredar di laman-laman sosial.


Video Anggota Polis Gari, Pukul Orang Gila Di Alor Setar , info, terkini, berita, sensasi,

Dalam rakaman tersebar, kelihatan seorang lelaki bergari tangannya didudukkan di kerusi dan diasak pelbagai pertanyaan namun jawapan diberi kedengaran mengarut.

Bengang dengan jawapan diterima, lelaki dipercayai anggota polis melempang dan memberi lutut padanya hingga orang ramai menyuruhnya bersabar kerana lelaki itu ‘tidak betul’.

Kejadian dikatakan berlaku di hadapan gerai makan di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah pada 5 September lalu.


Mengikut komen seorang pengguna Facebook, lelaki bergari dalam rakaman ini yang merupakan saudaranya ditahan polis ekoran laporan penduduk dia sering merayau, membuang najis merata-rata dan masuk ke tandas awam perempuan.

polispukul2
polispukul3


Tambahnya dia tidak kisah jika polis menangkap saudaranya itu dan terus dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya bukan digari dan disuruh duduk dikelilingi orang ramai lalu dipukul begitu.

Rata-rata komen lain juga mengutuk kekerasan dilakukan kerana dia seharusnya dirujuk kepada pihak sepatutnya dan bukan diperlakukan begini.


polispukul1


Jika benar kejadian ini kami berasakan memang tidak patut pihak polis yang sepatutnya melindungi kepentingan awam melayan seorang yang sakit mental dengan cara ini kerana individu tersebut tidak sama seperti penjenayah biasa.


Betul juga kata warisnya, ke mana lagi lelaki ini mahu pergi kalau dah di situ tempat dia dilahir dan dibesarkan?


polispukul4
polispukul5


Cuma bila dia dah sakit sampai tahap begini, menjadi tanggung jawab keluarga sepatutnya mendapatkan rawatan kesihatan untuknya.
 
Manakala pihak polis bila dah terima aduan awam dan semua orang pun tahu lelaki ini tidak waras maka tangkap dan bawalah dia ke hospital mental, habis cerita.

Nak soal siasat dan pukul orang gila buat apa… cuba kalau kena pada keluarga sendiri?


Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Video Anggota Polis Gari, Pukul Orang Gila Di Alor Setar "

Post a Comment