Ahli Perniagaan Lunyai dibelasah

Seorang ahli perniagaan ditemui terbaring berlumuran darah sejurus dirompak tiga penjenayah di Bandar Manjalara, Kepong, di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa, Wangliang Hua, 37, dikatakan diserang suspek yang menaiki kereta Honda City ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Mangsa diberi bantuan oleh anggota JPAM sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa yang menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux terlebih dahulu dirempuh kereta dinaiki suspek di kawasan itu.




Menurutnya, mangsa yang berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan pada kenderaannya bagaimanapun diserang mendadak oleh kumpulan penjenayah.

“Mangsa cuba mempertahankan diri, namun dia dibelasah ketiga-tiga suspek sehingga cedera teruk dan pengsan,” katanya.

Sumber : hmetro.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Ahli Perniagaan Lunyai dibelasah"

Post a Comment