Tiada angin tiada ribut khabarnya pelakon lama kita bakal bernikah hujung tahun. Terkejut juga mendengarnya memandangkan ada bertemu dengan Liza Abdullah beberapa minggu lalu. Namun tiada pula tanda-tanda yang menunjukkan dia akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat.
Kalau ikutkan Kak Liza baru sahaja berpisah dengan suami yang dinikahinya selama 26 tahun pada Februari lalu. Agak pelik sebenarnya jika sudah bertemu pengganti seawal ini. Menurut gosip yang ditulis, lelaki yang dimaksudkan itu adalah seorang jurukamera. Sebagai pelakon tentunya Liza dikelilingi oleh ramai orang, jadi kalau mahu kata mustahil, juga tidak boleh.
Mengenali kak Liza harus akui wanita ini memang seorang yang sempoi. Walaupun umurnya sudah melebihi lima dekad, Liza tetap nampak cantik.
Menjadikan lakonan sebagai sumber pendapatan sejak puluhan tahun dahulu, Liza pernah memberitahu ini adalah dunianya.
Bagaimanapun, kalau boleh dia tidak mahu ada cerita sensasi lagi. Katanya, dia bukan lagi muda seperti pelakon lain yang masih ada nilai berita hangat.
Lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya, kata Liza pada tahap ini apa yang paling dirisau adalah keadaan emosi anak-anak serta kaum keluarganya.
Bukan itu sahaja, dia juga masih menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga bekas mentua. Dia kalau boleh tidak mahu ada yang terkesan dengan berita-berita seperti ini. Betul juga, bukan sekejap mahu membina hubungan yang baik. Takut dalam sekelip mata sahaja ada yang meruntuhkannya.
Kalau ikutkan kini nampaknya bukan Nora Danish mahupun Erra Fazira sahaja yang harus diburu, nampaknya Liza juga sudah masuk senarai. Tidak mengapalah Liza kadang-kadang, itu doa yang mahu disampaikan seseorang. Jika benar akan bertemu jodoh siapa kita untuk menghalang. Janganlah Liza terlalu tertekan memikirkan keadaan ini memandangkan waktu-waktu begini memang akan bercambah dugaan-dugaan apa lagi bergelar seorang ibu tunggal.
Sumber : utusan.com.my
0 Response to "Pelakon Liza Abdullah Terus Diburu?"
Post a Comment