Pelakon Mon Ryanti selamat diijabkabul

Pelakon dan penyampai radio Ultra.fm, Mon Ryanti, 26, atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di Sangkar Kristal di sini pada pukul 10.25 malam tadi.


Pelakon Mon Ryanti selamat diijabkabul, info, terkini, hiburan, pelakon baru bernikah, sensasi,  Mon Rynati


Hanya dengan sekali lafaz, Mon Ryanti yang juga seorang model, sah bergelar isteri kepada Mohd. Hasrul Ali, 26, yang dinikahkan oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Datuk Mahat Mohd. Said dengan mas kahwin berjumlah RM515.15 dan hantaran sebanyak RM25,000.



Rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran, antaranya beg tangan, minyak wangi dan jam tangan manakala pengantin perempuan membalas dengan 11 dulang, antaranya senaskhah al-Quran, baju melayu, barangan kulit dan manisan.


Pelakon Mon Ryanti selamat diijabkabul, info, terkini, hiburan, pelakon baru bernikah, sensasi,  Mon Rynati

Pelakon Mon Ryanti selamat diijabkabul, info, terkini, hiburan, pelakon baru bernikah, sensasi,  Mon Rynati


Majlis pernikahan pasangan tersebut dihadiri kira-kira 200 orang, terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat kedua-dua pengantin. 


Sumber : utusan.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Pelakon Mon Ryanti selamat diijabkabul"

Post a Comment