Peguam pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak iaitu Rushdan Sujak Rafie, kelmarin memfailkan bantahan awal anak guamnya yang tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah sejumlah RM300,000 yang dikemukakan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini.
Pembelaan tersebut difailkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail. Antara alasan Aidil, nilai mutaah yang dipohon oleh Rita Rudaini adalah melampaui daripada jumlah sepatutnya.
"Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya," kata Rushdan kepada media.
Mengenai kegagalan Aidil Zafuan hadir ke mahkamah, kata Rushdan, anak guamnya itu kesuntukan masa selain perlu menyertai perlawanan bola sepak.
"Saman diterima oleh Aidil Zafuan adalah singkat sebelum kes ini disebut, dia juga tidak sempat untuk membuat lantikan peguam. Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia," tambahnya.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Oktober sebagai sebutan semula kes tersebut.
Untuk info, Rita Rudaini sebelum ini telah memfailkan tuntutan mutaah sejumlah RM300,000 pada 7 Julai 2014.
Baca : Sarimah Ibrahim Komen Isu Bakal Tunang Kerabat Di Raja
Sumber : myartis.com
Sumber : myartis.com
0 Response to "Aidil Zafuan Bantah Tuntutan Mutaah 300k"
Post a Comment