Anak perempuan Michael Jackson hamil?

Khabar angin bertiup kencang mengatakan anak perempuan kepada mendiang raja pop Michael Jackson, Paris Jackson sedang hamil.

Dipetik daripada laporan Daily Star, gadis berusia 16 tahun ini telah dilihat keluar makan malam bersama teman lelakinya dan media Amerika Syarikat mendakwa ada segelintir peminat ternampak benjolan besar pada perut di sebalik bajunya yang longgar itu.

Anak perempuan Michael Jackson hamil?, info, terkini, gosip, kontroversi, luar negara, artis hollywood, sensasi


Satu sumber mengatakan, "Saya nampak dia di restoran dan dia mengangkat gelas seperti meraikan sesuatu sebanyak dua kali, tetapi hanya minum air dan bukannya wain.

Paris dan teman lelakinya yang tidak dinamakan itu telah dilihat membeli cincin pertunangan pada Jumaat lalu.


Anak perempuan Michael Jackson hamil?, info, terkini, gosip, kontroversi, luar negara, artis hollywood, sensasi

Ada segelintir peminat pula teruja dengan perkhabaran gembira ini sekiranya ia terbukti sahih.
"Disebabkan itu dan juga benjolan pada perut, ramai yang beranggapan dia sedang hamil."

Jurucakap keluarga ini bagaimanapun enggan membuka mulut tentang khabar angin dan hanya berkata, "Saya tidak komen mengenai kehidupan peribadinya."

Paris tidak begitu aktif dalam dunia seni selepas dia cuba membunuh diri pada Jun tahun lalu.


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Anak perempuan Michael Jackson hamil?"

Post a Comment