Pelakon Zalif Sidek memberitahu dia kini mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dalam sektor perladangan bersama keluarganya berikutan sudah lama tidak muncul dalam filem.
"Saya sendiri memang sudah mula rasa kesannya sebab sudah lama tidak tampil dengan produk filem. Saya sudah bersiap sedia untuk menerima apa kesannya dan perlu mencari inisiatif lain untuk menstabilkan ekonomi diri sendiri dengan menceburi bidang lain," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.
Zalif bagaimanapun berkata, ia tidak bermakna dia akan bersara dari dunia lakonan, malah dia akan terus berlakon jika mendapat tawaran.
"Sebagai pelakon kita perlu sedia dan menerima apa sahaja dugaan dan cabaran ini sebab bayaran pun sudah semakin berkurangan dan pada masa yang sama tawaran berlakon juga akan berkurang.
"Jadi selepas ini usaha perlu berlipat kali ganda, cuba dapatkan tawaran lakonan yang baik. Saya tidaklah harapkan untuk memegang watak yang besar, asalkan ia mampu beri impak kepada jalan cerita, ia sudah memadai."
Zalif berkata demikian berikutan keadaan industri perfileman tempatan yang dilihat semakin merosot.
Sementara itu, Zalif mengakui mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi belum menemui wanita yang serius dengannya.
"Memandangkan usia pun sudah semakin meningkat, memang saya da perancangan untuk berkahwin, tapi setakat ini saya belum jumpa lagi wanita yang betul-betul serius dan beri kebahagiaan pada saya."
Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Zalif Sidek mula berjinak-jinak dengan perniagaan"
Post a Comment