Setuju tak kalau iols kata lambakan laman sosial yang ada sekarang ni menjadi pengerat hubungan antara selebriti dan peminat fanatik mereka?
Tapi, tanpa kita sedar, sebenarnya, bukan peminat je yang jadi sebahagian dari follower, haters pun ramai tau! Kalau tak, masakan ada selebriti yang melenting dengan komen-komen yang diberikan.
Entri kali ini, bukanlah pasal selebriti marah, tapi mengenai aktres jelita Fathia Latiff yang digelar tak tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberi. Hah! Dah kenapa pula ni!
Sebenarnya, kalau korang nak tahu, semalam, Fathia telah memuat naik sekeping foto dengan caption seolah-olah mahu pergi ke satu tempat yang tak ada siapapun mengenali dirinya. Nah, baca ni :
Dear god.Can u please take me there now? Where i can stand in the middle of the street without being chased or shout at, please god??!! #throwback #Amsterdam #needGetaways #setmeFree
Dek kerana kapsyen tersebut, ia telah mengundang rasa tak puas hati oleh beberapa pengikut Fathia tau! Malah ada yang berkata Fathia ni bajet seperti selebriti Hollywood. Betul ke?
Hmm, pada kami tak ada salahnya Fathia memuat naik status sebegitu. Mungkin dia penat kerana menjalani jadual penggambaran yang ketat hingga perlukan waktu berehat.
Tapi, nak salahkan peminat pun tak boleh juga. Sebagai selebriti, seharusnya Fathia lebih berhati-hati dalam penggunaan ayat. Betul tak?
Iyalah, bila dah pilih menjadi selebriti sebagai kerjaya, kenalah akur dengan persekitaran yang sentiasa jadi tumpuan. Apapun, kami tetap suka tengok Fathia. Makin hari makin cantik! Kelas uols.
Baca : Zalif Sidek Kini Berniaga?
Sumber : ohbulan.com
0 Response to "Fathia Latiff Didakwa Bajet Macam Selebriti Hollywood"
Post a Comment