Vokalis kumpulan Flop Poppy iaitu Andy, menganggap konsert-konsert percuma yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk stesen televisyen memberi kesan buruk pada industri muzik dan membunuh kerjaya seseorang artis.
Andy, 42, berkata, apabila sering kali diberikan persembahan secara percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan, pengunjung atau peminat tidak akan mengeluarkan duit mereka untuk sebarang bentuk bagi menyaksikan acara hiburan.
“Industri muzik ini sedang nazak, disebabkan banyak acara hiburan diadakan secara percuma membuatkan masyarakat enggan keluarkan duit untuk acara hiburan.
“Bagi artis baru mungkin baik untuk promosi mereka tapi bagi artis-artis lama seperti kami sudah tidak sesuai lagi untuk buat persembahan secara percuma,” ujarnya kepada mStar Online.
Andy berkata, dia hanya akan beraksi di pentas-pentas yang memberi imej berbeza kepada dirinya dalam industri hiburan tanah air.
Jelasnya, sekarang bukan lagi masa untuk membuat persembahan sekadar tujuan mempromosi atau mencari populariti sebaliknya memberi sumbangan terhadap industri muzik yang semakin merundum.
“Kalau nak bermain di konsert-konsert biasa kami sudah berpuluh tahun melaluinya, kini bukan masa untuk mencari populariti lagi.
“Sebaliknya saya mahu mencari satu tahap yang lebih baik dalam industri yang mana penonton sanggup bayar untuk melihat persembahan kita,” katanya.
Andy bakal membuat persembahan secara akustik di Akustika I yang dijadualkan berlangsung pada 16 September ini Dewan Filharmonik Petronas.
Sementara itu, Andy berkata kumpulan Flop Poppy yang dianggotai oleh Megat Asraf Nazree Mazlan, Azhar Abd. Ghani, Aznizam Johari dan Hasmi Nasaruddin kini bergerak mengikut haluan masing-masing.
“Kami sekarang buat buat haluan masing-masing namun masih lagi dalma industri, kalau ada tawaran yang baik untuk kami buat persembahan dalam satu kumpulan kami sentiasa bersedia.
“Tapi ia biarlah sesuatu yang berbaloi dan bukan persembahan biasa,” ujarnya. – mStar Online

0 Response to "Andy Anggap Konsert Percuma Bunuh Kerjaya Artis"
Post a Comment