Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu

Pemain tengah Chelsea, Eden Hazard hampir bersetuju untuk memperbaharui kontraknya bernilai £50 juta bersama skuad tersebut.


Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu, chelsea, berita sukan, info bola sepak, BPL, Eden Hazard

Perjanjian baharu selama lima tahun itu bakal menyaksikan Hazard menerima gaji sebanyak £200,000 seminggu.

Pemain kebangsaan Belgium berusia 23 tahun itu kini sedang meneliti terma baharu yang bakal diperolehi sebelum melanjutkan kontraknya.

Hazard merupakan pemain terbaik Chelsea pada musim lalu perlu diberi perhatian oleh Chelsea walaupun pasukan itu telah membawa masuk pemain baharu seperti Diego Costa dan Cesc Fabregas.


Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu, chelsea, berita sukan, info bola sepak, BPL, Eden Hazard

Pengendali Chelsea, Jose Mourinho menganggap Hazard sebagai pemain penting di bahagian tengah dan dia perlu dijaga supaya tidak diintai oleh pasukan lain.

Chelsea yang dikatakan mempunyai barisan pemain tengah terbaik setakat ini berjaya mendominasi  kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.


Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Chelsea Tawar Hazard Gaji Baharu £200,000 Seminggu "

Post a Comment