Cucu kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma iaitu Arzanee Armalie, 37, menuntut pembayaran royalti membabitkan filem biopik Saloma yang kini sedang hangat ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif.
Filem tersebut yang diarahkan Melissa Saila dibintangi oleh Nabila Huda, Sazzy Falak, Tony Eusoff, Azhan Rani, Sharifah Amani dan Julia Ziegler.
“Saya menuntut pembayaran royalti membabitkan filem Biopik Saloma itu selain buku Saloma nukilan artis Ahmad Fauzee Samad dan Saloma Bistro yang sehingga kini tidak memberikan royalti sepatutnya.
“Saya bukan senang apatah lagi sudah tidak bekerja sejak enam bulan lalu akibat penyakit jantung, sukar untuk saya menyara keluarga dan dua anak,” katanya memetik Harian Metro.
Selain itu, Arzanee turut menyelar segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menyentuh peribadi keluarganya dan dianggap untuk kepentingan sendiri.
“Filem itu juga seolah-olah memperbodohkan keturunan nenek (Saloma) termasuk bapa (Armalie Arman Ramli) apabila menayangkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah,” katanya lagi.
Sementara itu, Melissa Saila selaku pengarah filem tersebut berkata, selama berkarya pihaknya mementingkan pelbagai aspek termasuk menjaga hati semua yang terlibat dan berdasarkan cerita sebenar.
Melissa yang juga merupakan anak saudara kepada Saloma berkata dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Azranee tapi mungkin dia sudah terlepas pandang berhubung perkara yang dibangkitkan itu.
Enggan memanjangkan isu, Melissa bercadang untuk berjumpa Azranee dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.
Baca : Penyanyi Shae Kembali Dengan Single Kedua
Sumber : mynewshub.cc
0 Response to "Cucu Saloma Tuntut Royalti Filem Biopik Saloma"
Post a Comment