Kereta sport guna air garam ganti petrol

Sebelum ini kita pernah dengar kereta menggantikan petrol dengan hanya menggunakan minyak masak terpakai untuk menjadi bahan api menggerakkan kereta.

Namun pernahkah anda terfikir bahawa air garam mampu menggantikan bahan api? Ini sudah terbukti apabila sebuah syarikat automotif di Liechtenstein telah berjaya menghasilkan sebuah kereta sport yang mampu bergerak pada kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dengan hanya menggunakan air garam.


Kereta sport guna air garam ganti petrol, info, terkini, berita, automotif,


Menurut laporan yang dipetik dari Mail Online, kereta sport yang diberi nama Quant e-Sportlimousine itu dibina oleh Nano Flowcell dengan menggunakan sistem enjin aliran elektrolit untuk menggerakkannya.


Kereta sport guna air garam ganti petrol, info, terkini, berita, automotif,


Penggunaan air garam ini mempunyai persamaan dengan kenderaan mesra alam yang menggunakan hydrogen sebagai bahan api utama.

Kereta sport guna air garam ganti petrol, info, terkini, berita, automotif,


Apa yang menarik mengenai Quant e-Sportlimousine ini adalah ia mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dalam tempoh hanya 2.8 saat.


Kereta sport guna air garam ganti petrol, info, terkini, berita, automotif,


Harga kereta sport ini masih belum ditetapkan, namun rata-rata pakar permotoran menjangkakan ia akan berharga mencecah RM5.4 juta.

p/s: Kalau teknologi air garam ini dibangunkan untuk kereta-kereta biasa pun menarik juga memandangkan harga minyak kini semakin mahal.

Sumber : tupai.com

 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Kereta sport guna air garam ganti petrol"

Post a Comment