Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua stesen minyak menurunkan harga petrol RON97.


Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen, info, terkini, berita,

Penurunan harga jualan runcit petrol itu di seluruh negara sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.75 berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, Kementerian Kewangan memaklumkan mengenai perkara itu kepada pihaknya menerusi pekeliling yang dikeluarkan lewat malam Isnin.

Sehubungan itu, KPDNKK mengarahkan semua stesen minyak di negara ini yang menjual petrol RON97 supaya menurunkan harga bahan api itu.

“Saya meminta semua stesen minyak yang menjual petrol RON97 supaya menurunkan harga. Pengusaha yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Harga RON97 yang sebelum ini adalah RM2.85 seliter.

Jelas Alias lagi, hanya sebahagian daripada 3,600 stesen minyak di seluruh negara yang menjual petrol RON97 di mana kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar.

Terdahulu, berita mengenai penurunan harga bahan api disahkan oleh Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman. - mStar
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Related Posts :

  • Manusia 2 X 52 x 5 = 5 x 2 = 10masing-masing dah tahu jawapan matematik diatas kan,jawapan yang sama tetap akan kita dapat walaupun tempat ditukar.bukan … Read More...
  • Nasib Seorang Bayi Comel.semalam shark tertarik dengan kisah rakan FB berkenaan kes buang bayi,boleh dapatkan info di akhbar Harian Metro hari iniHarian Metro : 'Ren… Read More...
  • Kes 20 Kucing Mati Diracunpagi hari isnin dah buat orang sentap.terbaca salah satu artikel dari akhbar metro hari ini.MyMetro : 20 Kucing Mati Disyaki Diberi RacunKer… Read More...
  • Bila Abang Rogol AdikEntri ini merujuk kepada keratan akhbar Harian Metro 20 Febuari 2014. Harian Metro : Abang Noda Dua Adik  baca tajuk sahaja dah rasa se… Read More...
  • [GEMPAR] Amah Bunuh Dua BeradikPembantu rumah bunuh 2 beradik di Sungai Buluh petang semalam.Hmetro : Dua Beradik Mati Dikelar AmahUtusan : Dua Beradik Mati Dikelar Amahsa… Read More...

0 Response to "Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen"

Post a Comment