Video Pemandu Ambulan Minta RM250 Hantar Pesakit Ke Hospital

RM250. Itulah bayaran yang diminta oleh seorang pemandu ambulan milik kerajaan kepada keluarga pesakit jika mahu pesakit dihantar ke hospital.


Video Pemandu Ambulan Minta RM250 Hantar Pesakit Ke Hospital, info, terkini, berita, sensasi,

Kejadian yang berlaku pada 31 Ogos itu telah tersebar di laman Facebook dan menyebabkan ramai pihak terkejut dan marah.

Mengikut rakaman video yang telah disebarkan oleh RedNews, seorang lelaki tempatan mendakwa dia telah menghubungi talian 999 setelah ibunya jatuh pengsan. Tetapi, anak mangsa terkejut setelah pemandu ambulans meminta RM250 untuk menghantar ibunya ke hospital.

Oleh kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi, anak mangsa terpaksa meminta bantuan rakan untuk menghantar mangsa ke hospital, lapor Harian Metro.

Nak dikatakan jodoh, anak mangsa terserempak dengan pemandu ambulans tadi dan meminta penjelasan atas bayaran yang dimintanya sebelum ini. Penjelasan oleh lelaki itu telah berjaya dirakam.

 “Awak nak tanya apa, kalau kita tak ambil, kita tak ada income (pendapatan), govt (kerajaan) bagi sikit satu bulan RM800. Anak nak minum susu.

“Kita driver je bukan doktor, saya ambil itu bukan untuk saya, duit saya kena bagi dalam itu ada empat nurse (jururawat) lagi, satu orang RM50 saja ma, empat orang baru RM200, tak mahal sebenarnya,” kata pemandu ambulan itu.

Berikut adalah video dari berita Red News. Sila skip kepada minit 1:30 untuk mendengar penjelasan dari lelaki terbabit :


Pihak hospital kini sudah maklum mengenai rakaman itu dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengambil tindakan.

“Kami akan memberi kenyataan rasmi esok (hari ini),” kata jurucakap hospital kepada Harian Metro.

Sumber : SiakapKeli.com


 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Video Pemandu Ambulan Minta RM250 Hantar Pesakit Ke Hospital"

Post a Comment