Mior Faridalathrash Wahid (kiri) bersama dua pegawainya menunjukkan kenderaan mewah yang dirampas polis di IPD Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. |
Biarpun hanya bekerja sebagai mekanik, seorang lelaki mampu tinggal di sebuah kondominium mewah di Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini.
Malah dia juga sering kelihatan bertukar-tukar kereta mewah antaranya Porsche, BMW dan Mercedes-Benz selain sering berhibur di pusat hiburan terkemuka di negeri ini.
Polis yang memantau aktiviti lelaki berketurunan India berusia 36 tahun itu mendapati dia sebenarnya merupakan anggota sindiket curi kenderaan mewah yang pakar dalam melakukan kegiatan itu selain turut terlibat mencetak cukai jalan palsu.
Hasil intipan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, lelaki itu yang turut memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan curi kenderaan berjaya ditahan di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, hasil soal siasat ke atas lelaki tempatan itu, pihak polis dibawa ke sebuah kondominium di Harbour Place dekat Butterworth dan menemui lima kunci kereta mewah selain beberapa cukai jalan palsu.
Katanya, polis turut menjumpai sebuah kereta Porsche Cayman, BMW 520i, dua Mercedes-Benz jenis E200 dan CLA2000 serta sebuah Toyota Land Cruiser yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta di tempat letak kereta kondominium itu dengan kesemuanya menggunakan nombor pendaftaran palsu.
"Kesemua kereta itu dipercayai dicuri di Selangor kerana bersangkut dengan repot di bawah Seksyen 379 A (1) Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan dan Seksyen 395/397 kanun sama iaitu samun di Serdang, Klang, USJ, Subang Jaya dan Seri Kembangan, Selangor.
"Kita percaya kereta-kereta itu disimpan di negeri ini untuk dijual ke luar negara oleh anggota sindiket lain yang masih dikesan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Mior Faridalathrash, ini merupakan rampasan terbesar tahun ini bagi IPD Timur Laut sementara suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan akan diserahkan kepada Polis Selangor untuk tindakan lanjut. ─ Utusan

0 Response to "Kerja Mekanik Tapi Pakai Porsche, BMW, Merc DITAHAN"
Post a Comment