No. 9 Manchester United Milik Radamel Falcao

Radamel Falcao telah diberikan jersi No. 9 di Manchester United selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman daripada AS Monaco.


No. 9 Manchester United Milik Radamel Falcao, info, terkini, berita sukan, Bola Sepak,


Penyerang antarabangsa Colombia itu berhijrah ke Old Trafford pada hari terakhir jendela perpindahan pemain semalam.

Selain status pinjaman, United juga bersetuju dengan klausa tambahan termasuk membeli khidmat Falcao.

Falcao dijangka mengetuai jentera serangan United selepas diberikan nombor keramat United yang mana ia pernah digunakan oleh Dimitar Berbatov yang kini bersama Monaco.

Pemain-pemain lain yang pernah mengenakan nombor keramat ini ialah Louis Saha, Andrew Cole dan Brian McClair.

Ketiga-tiga bekas pemain No. 9 United itu telah berjaya menjaringkan 187 gol sepanjang bersama The Red Devils dan hanya Berbatov yang berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana England pada musim 2010/2011.


No. 9 Manchester United Milik Radamel Falcao, info, terkini, berita sukan, Bola Sepak,

Falcao cukup sinonim mengenakan No. 9 dalam kariernya termasuk ketika beraksi bersama Monaco.

Kini, dia dijangka bersaing sengit dengan Robin van Persie dan kapten United, Wayne Rooney untuk berada dalam kesebelasan utama skuad kendalian Louis van Gaal itu.

Pemain berusia 28 tahun itu terlepas aksi Piala Dunia 2014 ekoran masalah kecederaan teruk pada lututnya.

Namun, Falcao yang berazam untuk melupakan episod kekecewaan itu selepas bersetuju menyertai United, berkata menerusi laman sosial, Twitter: "Saya sangat gembira menyertai United secara pinjaman pada musim ini.

"United adalah kelab terbesar di dunia dan mahu kembali mendominasi bola sepak Eropah.

"Saya sangat teruja untuk bekerja dengan van Gaal dan menyumbangkan khidmat saya kepada kejayaan pasukan ini." - Agensi

Artikel Penuh : kosmo.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "No. 9 Manchester United Milik Radamel Falcao"

Post a Comment