Pelakon Autumn Di Hatiku Ezzaty Abdullah bakal berkahwin?

Pendedahan ini benar-benar mengejutkan! Bermula sekadar usikan antara teman-teman rapat, Ezzaty Abdullah membuka mulut bercerita mengenai cinta kilat bersama seorang jejaka yang bakal menjadi suaminya tidak lama lagi.


Pelakon Autumn Di Hatiku Ezzaty Abdullah bakal berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,


Jelas Ezzaty, 22, kepada Kosmo!, selepas mengenali jejaka yang hanya mahu diperkenalkan dengan nama Mr. S, 25 tahun, dia tidak teragak-agak untuk menerima lamaran lelaki tersebut yang mahu memperisterikannya.

Selepas tiga hari berkenalan, dia dilamar jejaka itu untuk berkahwin sebelum sebulan kemudian, keluarga teman lelakinya menghantar rombongan merisik.

"Dia stalker (pengintip) saya, entah bagaimana caranya dia mendapatkan nombor telefon peribadi saya pun saya tidak tahu.

"Biasanya saya jarang mengambil pusing apatah lagi bersembang dengan individu yang saya tidak kenali tapi entah mengapa saya rasakan dia berbeza hingga membuatkan saya berbual panjang pada hari pertama kami kenal.

"Dari pukul 11 malam hingga 5 pagi kami berbual menerusi panggilan telefon. Hari seterusnya dia mengejutkan saya dengan tiba-tiba muncul di tempat saya berlatih memanah dan pada hari ketiga kami berkenalan, dia melamar saya untuk berkahwin.

"Cerita ini ibarat sebuah kisah dongeng tapi percayalah saya sendiri pun tidak menyangka dan terkejut apabila dia tiba-tiba melamar saya," ujar Ezzaty yang ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bertandang jadi merisik

Selepas sebulan perkenalan, Mr. S telah menghantar rombongan ke rumah keluarga Ezzaty di Bentong, Pahang atas tujuan berkenalan.


Pelakon Autumn Di Hatiku Ezzaty Abdullah bakal berkahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip,


Dia tidak menduga, kunjungan pertama kali itu bertukar menjadi rombongan merisik.

"Dia memang banyak kejutan dan majlis merisik itu pun bukan dalam perancangan kami. Tapi jujur saya katakan kedua-dua belah keluarga masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis pernikahan atau persandingan.

"Saya pun masih muda dan baru bertapak dalam dunia lakonan. Saya masih sayangkan kerjaya saya dan mahu memberikan fokus sebaik mungkin sebelum memikirkan soal berkahwin.

"Alhamdulillah dia memahami dan menerima kerjaya saya walau pada awalnya keluarga dia sedikit terkejut apabila mengetahui latar belakang kerjaya saya. Bukan apa, risau hubungan kami retak gara-gara menjadi perhatian ramai," tambahnya tanpa selindung.

Majlis merisik telah dilangsungkan pada 26 Februari lalu selepas sebulan perkenalan. Ezzaty tidak menolak dia melihat keikhlasan dan keberanian Mr. S untuk tampil sendiri bertemu keluarganya untuk melamar pelakon drama rantaian popular Autumn Di Hatiku itu.

 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Pelakon Autumn Di Hatiku Ezzaty Abdullah bakal berkahwin?"

Post a Comment