Rita Rudaini menerusi laman sosial Instagram peribadinya telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pekerja pusat asuhan berkenaan. Menurut Rita, dia ada buat panggilan telefon ke pusat jagaan kanak-kanak berkenaan namun layanan yang diterima kurang memuaskan.
Pembaca selar tindakan Rita Rudaini? Seperti biasa, ramai pengikut Rita Rudaini bersetuju dengan tindakannya. Namun tidak semua juga. Kerana ada yang menganggap tindakan Rita itu keterlaluan dan boleh menjejaskan perniagaan orang lain. Ada komen yang mencadangkan agar Rita berhubung dengan pihak pengurusan pusat asuhan berkenaan dan bukannya memburukkan perniagaan mereka di laman sosial.
Pada ammboi, tindakan Rita Rudaini ada juga benarnya. Perkara seperti ini tidak boleh didiamkan sahaja. Sikap pekerja berkenaan seperti menggambarkan imej taska tersebut. Apapun, ada betul juga komen tersebut. Kenapa perlu disebarkan di media sosial. Betul, Rita memang tidak berpuas hati dengan pekerja tersebut.
Namun alangkah elok kalau Rita cuba cari kaedah lain dan membuat aduan kepada pihak pengurusan. Mungkin mereka akan menegur sikap buruk pekerja tersebut dan sekiranya masalah yang sama berulang, pekerja berkenaan wajar dikenakan tindakan yang lebih berat.
Harap isu ini dijadikan iktibar kita bersama. Insya Allah…
0 Response to "Pembaca Pula Selar Tindakan Rita Rudaini?"
Post a Comment