Rita Rudaini Nekad Tidak Mahu Berkahwin Lagi?

Pelakon yang sudah kerap kali ke mahkamah untuk memperjuangkan hak maruah dan anak-anak, Rita Rudaini telah menjelaskan bahawa kini dia tidak ada lagi hasrat untuk berkahwin kerana pintu hatinya telah tertutup untuk ke arah itu.

Dia yang ditemui semasa majlis pelancaran kempen dan lagu Salute Malaysia di UniKL kelmarin mengatakan bahawa bukan serik untuk berkahwin tetapi tidak mahu untuk anak-anaknya disakiti atau tidak disayangi.


Rita Rudaini Nekad Tidak Mahu Berkahwin Lagi?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, kenyataan mengejut rita rudaini


“Hati sudah tertutup. Buat masa ini dalam hati tiada langsung hasrat untuk berkahwin atau apa sahaja, bukanlah rasa tidak ada langsung tetapi saya takut sekiranya anak saya tidak disayangi. Lagipun saya sungguh sensitif apabila orang ‘haip’ anak saya. Orang gaji marah anak pun, saya dah tak boleh,”ujarnya memulakan bicara tentang kehidupan kini.

Isu turun naik mahkamah adalah isu biasa bagi seorang wanita yang bernama Rita Rudaini kerana baginya apa yang dilakukan ini adalah bukan semata-mata untuk mengejar harta atau wang ringgit tetapi adalah kerana maruah dan hak anak-anaknya yang telah diabaikan tanggungjawabnya daripada bekas suami.

Disebabkan itulah dia bersungguh-sungguh untuk terus berada di pihak keadilan untuk membela nasib diri dan juga anaknya, Rayyan 5, dan Arjuna 3.

“Anak-anak faham kerana mereka bersama dan selama ini pun saya sudah besarkan anak-anak sehingga kini. Kalau orang nak kata saya gila duit kea pa, mestilah saya nak kejar VVIP atau menjadi permaisuri ke apa kan?. Pada saya RM300,000 dan yang lain-lainnya bukan ukuran untuk maruah saya dan anak-anak yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit”

“Mengikut undang-undang saya ada hak dan peguam pun sudah kira kesemuanya dan saya hanya menurutinya sahaja dan terpulang pada keputusan mahkamah sama ada mahu memberikan jumlah tersebut atau pun sebaliknya,” katanya tegas.

Rita juga turut menafikan bahawa sesetengah pihak ada yang mengatakannya seperti tidak boleh melepaskan Aidil daripada berbahagia dan menuntut perkara-perkara yang bukan-bukan sehinggakan ada yang sudah muak dengan isu rumah tangga mereka.

“Tak ada masalahnya dia (Aidil) sudah berkahwin dan bahagia kan? Jadi saya sebagai seorang wanita yang pernah berkahwin dalam serba kekurangan dan tak pernah untuk meminta apa-apa dan bila diri saya tak diperlukan lagi takkan saya nak biarkan diri saya sebegitu sekali.

“Sebabnya saya ada anak, saya perlu ‘fight’ saya bukan kahwin tak sah dan saya masuk sini pun saya sudah daftarkan dan mahkamah kata sah. Saya sudah pun menjalankan kewajipan dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri pada dia dan lahirkan juga besarkan anak-anak dia dengan elok, saya pun dah ikut cakap dia dan tidak ada satu pun mahkamah di Malaysia yang mengatakan saya nusyuz. Saya tak ada kesalahan apa-apa pun dan mahkamah tak pernah cakap saya bersalah. Kalau orang kata saya tak nak bagi dia bahagia ke apa itu tidak”

Rita turut menjelaskan bahawa kali terakhir Aidil menjenguk anak-anaknya adalah pada sebelum Aidil bernikah dan itulah kali terakhir mereka bertemu.

“Apa yang sedih pada tahun ini ialah dia tidak langsung memberikan baju dan duit raya pada anak-anak bertanya pasal baju raya pun tidak. Itu yang saya rasa raya tahun ini cukup marah dan tidak ada mood kerana apa yang telah dia buat pada anak-anak saya”


“Kadang-kala terfikir sekiranya saya bekerja sebagai seorang kerani atau apa sahaja sudah tentu saya tak boleh untuk memenuhi permintaan anak-anak saya. Rezeki anak-anak murah, kalau orang kata saya mewahkan anak-anak itu bukan kerana itu adalah rezeki buat anak-anak. Saya dapat duit dan saya bagi kepada mereka (anak-anak). Baju dia (Aidil) bertukar, baju anak-anak macam itu sahaja. Kalau pergi beli baju itu tak pernah terfikir ke anak-anak?”

“Itu anak dia bukan anak tiri, tempat tinggal anak, rumah sewa pun dia tak bagi, dan disebabkan perkara itulah saya ‘fight’. Sebab dia tinggal di tempat yang mewah-mewah, rumah besar, anak-anak terbiar. Saya buat semua benda ini kerana anak, kalau saya tidak ada anak dengan dia seperti perkahwinan saya yang dulu saya tidak kisah dan tak pernah menuntut apa-apa dan buat hal masing-masing, tetapi kali ini berbeza kerana saya mempunyai 2 orang anak bersamanya (Aidil). Apa gunanya ‘bin’ dia (Aidil)?,” soal Rita Rudaini lagi.

Baca : Jersi Ketat Mawar Punca Fizo Omar Ditegur

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Rita Rudaini Nekad Tidak Mahu Berkahwin Lagi?"

Post a Comment