Rita Rudaini Didakwa Hina Pekerjaan Orang Lain?

Baru baru ini, peminat dunia hiburan agak kurang senang dengan satu kenyataan yang didakwa keluar dari mulut Rita Rudaini seperti dilaporkan beberapa laman media. Pelakon itu katanya telah keluarkan kenyataan berbaur menghina pekerjaan kerani.


Rita Rudaini Didakwa Hina Pekerjaan Orang Lain?, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi artis, sensasi,

“Nasib baiklah saya ada kerja sikit-sikit untuk tampung kami anak beranak, saya kadang-kadang bayangkan diri saya ini adalah seorang kerani, macam mana nak tanggung anak,” ujar Rita Rudaini seperti dilaporkan kebanyakkan media minggu lalu.


Bercakap kepada ROTIKAYA baru baru ini, Rita Rudaini menyifatkan para peminat tersalah anggap akan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan itu.


Rita Rudaini Didakwa Hina Pekerjaan Orang Lain?, info, terkini, hiburan, gosip, kontroversi artis, sensasi,

“Saya rasa terkilan dengan pandangan manusia manusia yang suka buruk sangka dengan orang, siapa saya untuk menghina orang atau pekerjaan orang? Sedangkan hidup saya sendiri pun penuh liku. Saya sedikit pun tidak menghina, ayat mana yang membuktikan saya menghina kerani?”

“Maksud saya ialah dengan keadaan saya ditinggalkan suami tanpa satu sen pun dengan anak anak kecil dan diheret pula ke mahkamah oleh (bekas) suami. Kalau saya bergaji kecil bolehkah saya menanggung kos peguam dan mahkamah yang sudah makan bertahun lama?”

Rita Rudaini turut menambah yang beliau bersimpati dengan para wanita yang senasib dengannya namun tidak bergaji besar dan tidak mampu untuk perjuangkan hak anak anak di mahkamah kerana kekangan kos guaman dan mahkamah yang tinggi.

“Banyak kes saya tengok di mahkamah dimana wanita yang tidak mampu untuk dapatkan khidmat peguam untuk perjuangkan hak mereka kerana ada perbelanjaan yang lebih penting seperti kos sara hidup dan perbelanjaan harian lain,” ujarnya lagi.

“Saya sedih sebab kaum sendiri yang banyak buruk sangka. Ada yang mengaku kerja kerani kata mampu sara dan jaga anak. Gaji cleaner pun mampu sara dan jaga anak tetapi mampukah turun naik mahkamah membayar semua kos dengan gaji yang kurang?”

“Yang tiada suami dan perlu naik turun mahkamah sahaja yang akan faham situasi saya, yang ada suami tidak akan rasa. Allah lebih tahu niat saya untuk pertahankan hak wanita teraniaya seperti saya. Mahu dapatkan redha manusia memang susah, carilah redha Allah,” tambahnya.

Baca : Ayda Jebat Ditiduh Jadi Orang Ketiga?

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif

0 Response to "Rita Rudaini Didakwa Hina Pekerjaan Orang Lain?"

Post a Comment