Aktres jelita Siti Saleha menyatakan bahawa gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya ketika bercuti di Pulau Tioman tidak keterlaluan dan lucah.
"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.
Artikel Terdahulu : Foto Siti Saleha Jadi Bahan Lucah?
"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," ujarnya yang dipetik dari mStar.
Gambar yang mendapat kritikan daripada pengikut Siti Saleha |
Saleha berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai gambarnya daripada bahagian belakang sambal duduk di atas kayu di tepi pantai mendapat perhatian pengikutnya yang mengkritiknya.
Dalam pada itu, aktres berusia 24 tahun itu turut mengakui telah menyekat pengikutnya dikatakan melampau dan keterlaluan.
"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima Cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka."
Dalam perkembangan lain, Saleha bakal terlibat sekali lagi dalam teater "Asrama-Ra All Stars" yang bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan.
Baca : Iqram Cabar Zaquan Jumpa 'Face to face'?
Sumber : tupai.com.my
Dalam perkembangan lain, Saleha bakal terlibat sekali lagi dalam teater "Asrama-Ra All Stars" yang bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan.
Baca : Iqram Cabar Zaquan Jumpa 'Face to face'?
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Siti Saleha sangkal foto dimuat naik keterlaluan"
Post a Comment