Selepas menjuarai program Asia Bagus! pada 1993 di Jepun, nama penyanyi dan pelakon Amy Mastura terus bertahan dalam bidang seni tanah air hampir dua dekad. Bukan saja hebat di pentas nyanyian dan lakonan, bekas pramugari Penerbangan Malaysia ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan sepanjang berkecimpung dalam bidang hiburan selama 20 tahun.
Mengekalkan imej bersih tanpa gosip liar, nama Pelakon Filem Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-14 (filem Puteri Impian) ini, mampu duduk sebaris dengan rakan seperjuangan seperti Ziana Zain, Fauziah Latiff, Erra Fazira dan Ning Baizura hingga kini. Namanya turut menjadi pilihan sebagai duta untuk jenama terkenal seperti Quaker Oat, Life Buoy, Omega dan Kose.
Kehebatan Amy juga terbukti kerana ramai menganggap penampilannya dalam Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013) Mei lalu bersama Fara Fauzana dan kumpulan Shiro sebagai ‘penyelamat’ dalam menyemarakkan lagi acara berprestij berkenaan.
Itulah aura dan kehebatan pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu Jawapan Kasih, Sha Na Na Na dan Happy ini.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Amy Mastura Suhaimi, 43, mengakui dia sentiasa bersyukur dengan apa yang dikecapinya bersama keluarga hari ini.
Baca : Nama Anak Scha Alya dan Awal Dikritik Peminat
Sumber : hmetro.com.my
0 Response to "Kehebatan Amy Mastura Kini Terbukti"
Post a Comment