Kisah Cinta Songsang Seorang Pengacara Terkenal Terbongkar

Cerita ini bakal membuatkan anda tertanya-tanya, siapakah pengacara yang dimaksudkan? Gambar yang diperolehi dari laman Twitter ini mula viral di Facebook. Teruskan membaca kisah cinta songsang si pengacara ini:

Kisah Cinta Songsang Seorang Pengacara Terkenal Terbongkar , info, terkini, hiburan, pengacara, gosip, sensasi

 Mengucap panjang apabila mendengar kisah yang disampaikan seorang rakan. Katanya, dia mempunyai kawan yang menjalin hubungan songsang dengan seorang pengacara terkenal.

Mula-mula tidak percaya. Namun bila ditunjukkan beberapa bukti termasuk sejarah perbualan di WhatApps mahu tidak mahu memang agak percaya dengan apa yang diberitahu. 

Katanya, memandangkan si pengacara itu tinggal sendirian di bandar besar ini, jadi dia menawarkan rumahnya sebagai tempat persinggahan jika rakannya itu ke Kuala Lumpur.




Memandangkan si pengacara ini sudah berkahwin, modus operandinya sangat teliti. Dia akan pastikan isterinya tiada di rumah sebelum menjemput kekasih gelapnya datang beras-mara.

Selalunya ketika isteri pengacara itu pulang ke kampung adalah waktu sesuai untuk mereka bertemu.

Pada mulanya rakan Aida tidak mengesyaki apa-apa tentang rakan sekampungnya itu. Namun bila sudah kerap diminta hantar ke sebuah lokasi untuk diambil pengacara terbabit ke destinasi seterusnya, dia mula sangsi.

Bila diminta bercakap benar, baru dia tahu apa yang berlaku. Memang dia terkejut memandangkan rakannya itu bukan tinggal berdekatan jadi dia pelik bagaimana mereka berkenalan.

Rupa-rupanya si pengacara terbabit mendekatinya melalui laman sosial sebelum menjalinkan hubungan songsang itu selama setahun.

Kata rakan Aida itu, dia sebenarnya agak terkilan dengan pengacara yang cukup terkenal dengan kata-kata pujangga itu.

Depan orang bukan main kata-katanya dijaga tertib. Bab agama juga dia ahli. Namun kalau lihat perbualan cinta tidak masuk akalnya pasti ada yang mahu muntah. Keji!

Lebih sakit hati apabila melihat cara pengacara itu di televisyen yang cukup berbeza dengan dirinya sebenar. Apabila Aida dengar kisah-kisah macam ini memang kecut perut. Di luar nampak normal. Tetapi rupanya ada personaliti yang berbeza. - MyMediaHub

Hint personaliti pengacara ini:

  • Terkenal dengan kata-kata pujangga
  • Tertib berkata-kata
  • Pandai bab agama

Sumber : ohdunia.my

0 Response to "Kisah Cinta Songsang Seorang Pengacara Terkenal Terbongkar "

Post a Comment